Info Dropship

Assalamualaikum dan terima kasih kerana berminat untuk menjadi ejen dropship Benang Hijau! 🙂

 

Kenapa perlu jadi ejen dropship Benang Hijau?

 

1. Potensi peluang perniagaan dalam bidang pakaian muslimah yang sangat besar.

Menurut surat khabar Berita Harian pada Feb 2016, wanita berhijab di Malaysia dianggarkan berjumlah 10 juta orang dan akan terus bertambah berdasarkan trend pertambahan jumlah penduduk.

Jadi katakanlah hanya 2% wanita berhijab memilih jenama Benang Hijau, maka jumlah pelanggan Benang Hijau adalah seramai 200,000.

Dari jumlah ini, katakanlah mereka berbelanja sebanyak RM25 setiap bulan di Benang Hijau, maka dalam masa setahun, potensi jualan adalah sebanyak,

RM25 x 12 x 200,000 = RM60,000,000

Wow!!!!!!

Nampak tak betapa besarnya potensi bisnes pakaian mulimah.

Dan sebagai seorang ejen dropship Benang Hijau, insyaAllah anda juga akan dapat berkongsi rezeki daripada pasaran yang sangat luas ini.

 

2. Jenama Benang Hijau yang dikenali dan dipercayai.

Benang Hijau diasaskan pada Julai 2012 oleh pengasas Puan Fadzilah Mamat

Puan Fadzilah Mamat merupakan seorang bekas jurutera dan mempunyai Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Malaysia.

Dalam tempoh 5 tahun, Benang Hijau semakin dikenali dan merupakan salah sebuah jenama butik muslimah yang tersohor di Malaysia.

Visi Benang Hijau adalah untuk menjadi sebuah jenama pakaian muslimah terkenal di peringkat antarabangsa.

Misi Benang Hijau adalah :

  1. Benang Hijau adalah sebuah entiti perniagaan
  2. Benang Hijau menjual tudung dan pakaian muslimah
  3. Tanggungjawab kami adalah untuk menghasilkan pakaian yang terkini dan berkualiti tinggi kepada para pelanggan kami
  4. Misi kami adalah untuk menambahkan keyakinan para wanita di samping memberikan kehidupan berkualiti kepada para pekerja dan juga kepada ejen-ejen kami.

Core values :

Kind : Sentiasa berbuat baik dan melayan setiap pelanggan, ejen, pembekal dan para pekerja dengan hormat

Real : Sentiasa jujur dalam setiap tindakan & dalam menghasilkan rekaan terkini

Elegant : Menghasilkan pakaian yang ringkas dan elegan dan sentiasa membawa jenama Benang Hijau dengan sikap yang elegan

Fun : Memberi kegembiraan kepada para pelanggan dalam suasana kerja yang ceria dan gembira

 

Kami sangat mementingkan aktiviti promosi dan penjenamaan di mana kami telahpun mempromosikan jenama Benang Hijau melalui pelbagai medium dari tahun 2012 sehingga sekarang.

Antara kaedah promosi yang telah kami gunakan adalah :

1. Iklan di suratkhabar dan majalah
2. Iklan di radio dan televisyen
3. Mempromosikan produk Benang Hijau di rancangan Astro Go Shop & Jom Singgah.
4. Menyertakan pelbagai expo dan booth jualan di seluruh negara
5. Billboard di beberapa kawasan strategik di sekitar KL dan juga di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan
6. Online marketing di Instagram, Facebook dan juga iklan di Google

InsyaAllah kami akan terus mempromosikan jenama Benang Hijau agar Benang Hijau sentiasa disebut sebut dan menjadi pilihan para wanita berhijab di Malaysia.

Kami harap aktiviti-aktivit pemasaran ini dapat membantu ejen dropship kami untuk membuat jualan dengan lebih mudah.

 

3. Produk berkualiti pada harga yang berpatutan

Kami komited mengeluarkan pelbagai pilihan produk yang cantik dan terkini pada harga mampu milik agar lebih ramai wanita mendapat manfaat daripada produk kami.

 

4. Sistem pembelian melalui website yang sangat mudah

 

5. Support yang mesra dari team Benang Hijau

Sebagai seorang ejen, kami akan add anda ke dalam group Whatsapp dan private group di Facebook di mana kami akan membantu menjawab segala pertanyaan dan memberi tunjuk ajar kepada anda.

6. Modal permulaan yang sangat rendah sebanyak RM20 sahaja.

 

7. Tiada risiko kerugian.

Sebagai ejen dropship, anda tidak perlu membeli dan menyimpan stok. Sebaliknya anda hanya perlu promote dan key in order pada pelanggan dan kami yang akan poskan terus kepada pelanggan anda.

Komisyen juga akan terus dibayar oleh pelanggan kepada anda.

Apabila pelanggan membuat pembelian, mereka akan bank in duit sale ke akaun anda dan anda hanya perlu transfer baki bayaran (minus komisyen) dan postage kepada kami.

Pendek kata, anda akan dibayar sebelum para pelanggan mendapat barang yang dibeli. Best kan?

 

8. Step by step guidance.

Ada tutorial untuk register akaun, tutorial untuk order, tutorial untuk cek order di samping nota dan live session bersama founder yang akan mengajar lebih lanjut tentang online marketing bagi membantu anda menambahkan lagi bilangan follower dan engagement di media sosial dan seterusnya meningkatkan jualan anda.

 

9. Good profit margin.

Komisyen untuk produk harga normal sebanyak 10%.

Sebagai contoh, untuk jubah berharga RM149, jumlah komisyen anda adalah sebanyak RM14.90.

Kalau anda dapat jual 2 helai jubah sehari, anda akan dapat komisyen hampir RM30 sehari dan hampir RM900 sebulan, di mana sahaja anda berada. Untunglahhh…

 

10. Promosi berterusan.

Dari semasa ke semasa, kami akan mengadakan pelbagai promosi untuk para pelanggan dan juga kepada ejen-ejen kami.

Dengan cara ini, anda boleh menarik minat pelanggan pelanggan baru dan membuat jualan dengan lebih banyak.

Kami juga akan membuat pelbagai contest dan reward untuk ejen dari semasa ke semasa.

Bagaimana untuk bermula?

 

Bank in RM20 ke akaun Benang Hijau Collections (551306513224 Maybank) dan Whatsapp / Telegram slip pembayaran ke 0127018940.

Dan selepas tu admin kami akan memberikan maklumat lanjut untuk bermula.

Klik di bawah untuk Whatsapp

www.wasap.my/60127018940

 

Selamat datang ke keluarga dropship Benang Hijau.

Semoga kita sama sama mendapat manfaat daripada sistem dropship ini. 🙂

 

 

Leave a Reply

Subscribe Now!
SUBSCRIBE NOW

Join Our Newsletter!

Stay updated with all latest updates, promotions,upcoming events & much more.
close-link